Thursday 17 October 2013

Keputusan Kecerian Kelas Sempena Hari Kebangsaan

Berikut adalah keputusan kecerian kelas mengikut tahun.




Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dan yang kalah pula janganlah berputus asa.

Terima kasih juga kepada semua warga sekolah yang telah menyumbang tenaga dan masa dalam menjayakan program ini.

                                                     Klik di SINI untuk gambar kelas

Tuesday 3 September 2013

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 Peringkat Sekolah


Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan pada 30 Ogos 2013 yang lalu di dewan sekolah SJK Chung Hua Batu 10.

Aturcara sambutan adalah seperti berikut;
a) Nyanyian lagu Negaraku
b) Bacaan ikrar Rukun Negara
c) Ucapan Guru Besar dan laungan kemerdekaan
d) Tayangan Video
e) Persembahan oleh murid-murid
f) Menyanyi lagu patriotik sambil mengibarkan bendera

Objektif sambutan dan perhimpunan adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dan patriotisme di kalangan murid-murid sekolah yang terdiri daripada berbilang kaum.

Sambutan daripada murid-murid adalah amat mengalakkan dan sambutan Minggu Kemerdekaan akan diteruskan dengan Pertandingan Keceriaan Kelas. Keputusan pertandingan akan diketahui tidak lama lagi dan akan dipaparkan.

Merdeka! Malaysiaku Berdaulat. Semoga negara kita akan terus aman dan harmoni.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56 dan Hari Malaysia.


Perhimpunan Hari Kemerdekaan

Upacara memotong kek bersama murid yang lahir pada 31 Ogos
Kek Hari Kemerdekaan 2013

Murid-murid yang berbilang kaum
Acara mengibarkan bendera
Penari-penari kebudayaan


Semangat cintakan negara



















                                                        





                                                            <<Klik di sini untuk lebih Gambar>>

Thursday 27 June 2013

Hari Permuafakatan

Guru berbincang dengan murid dan ahli keluarga
Hari Permuafakatan SJK Chung Hua Batu 10 telah diadakan pada 22 Jun 2013. Objektif utama hari tersebut adalah bagi pihak sekolah berkongsi dan menyalurkan maklumat tentang perkembangan murid-murid di sekolah kepada ibubapa. Sesetengah ibubapa juga berkesempatan untuk berkongsi pengalaman dan idea untuk meningkatkan lagi prestasi anak-anak mereka.

Guru-guru dan ibubapa saling bertukar-tukar pendapat dan mencari jalan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan pembelajaran murid-murid. Sambutan ibubapa adalah amat menggalakan.

Perjumpaan dengan Guru Kaunseling
Walaupun pertemuan tersebut singkat tetapi amat bermakna dan telah membuka mata kedua-dua pihak sekolah dan juga ibubapa. Kerjasama yang erat antara komuniti dan warga sekolah adalah amat mustahak dalam melahirkan modal insan. Program seperti ini dijangka akan diteruskan untuk masa yang akan datang.


Perjumpaan dengan Guru Kaunseling

Menunggu Giliran

Guru Besar turut terlibat dalam perbincangan

Sabar menanti untuk berjumpa guru

Berkongsi idea dan pendapat

Monday 17 June 2013

Hari Guru 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013

Sambutan tahun ini telah diadakan pada 14 Jun 2013. Walaupun sambutannya sederhana, namun tetap meriah. Sambutan dimulakan dengan ucapan Guru Besar dan diikuti ucapan daripada wakil guru. Kemudian disusuli ucapan daripada wakil murid.

Upacara diteruskan dengan majlis penyampaian bantuan kepada murid-murid terpilih dan pemberian angpau kepada guru-guru. Majlis disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Majlis dimeriahkan lagi dengan upacara memotong kek dan persembahan nyayian (GURU MALAYSIA) oleh warga pendidik.

Murid-murid berkesempatan mengadakan jamuan kelas untuk meraikan guru-guru. Semoga jasa guru sentiasa dikenang dan mendapat penghargaan. SELAMAT HARI GURU buat semua insan yang bergelar pendidik.



Ucapan Guru Besar




Ucapan Wakil Guru

Ucapan Wakil Murid

Acara Memotong Kek

Kad Ucapan Murid

Murid Ceria
















<< klik di sini untuk lebih gambar>>

Saturday 15 June 2013

Hari Sukan 2013

Perbarisan kontijen
Hari Sukan Tahunan SJK Chung Hua Batu 10 telah diadakan di Stadium Padawan pada 23 Mei 2013
Penyertaan murid adalah lebih kurang 350 orang yang dibahagikan kepada 6 kumpulan.

Keputusan adalah seperti berikut:

Johan              : Rumah Biru (148 mata)
Naib Johan     : Rumah Putih (147 mata)
Tempat Ke-3  : Rumah Ungu (135 mata)
Tempat Ke-4  : Rumah Merah (125 mata)
Tempat Ke-5  : Rumah Hijau (108 mata)
Tempat Ke-6  ; Rumah Kuning (105 mata)
Lintas lalu

Tahniah kepada para pemenang dan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan temasya pada tahun ini.

Lompat jauh

Lompat pagar
Bacaan ikrar wakil murid










100m



Penutupan oleh Wakil PPD Padawan







Lontar Peluru












<<<Klik sini untuk lebih gambar>>>